Malam ni aku akan update review cerita Furious 7 2015 yang ditayangkan diseluruh Malaysia dan luar malaysia (mestilah).. Diarah oleh James Wan, ditulis oleh Chris Morgan, dan Gary Scott Thompson. Dibintangi oleh pelakon terkenal seperti Vin Diesel, Paul Walker, Dwayne Johnson, Jason Statham, Michelle Rodriguez dan ramai lagi. Seperti yang kita tahu, Furious ni atau Fast & Furious ni sgt sinonim dgn lumba haram jalanan dan kes kes rompakan dalam satu team yang diketuai oleh Dominic Toretto yang juga dibantu oleh Brian O'Conner. Agent Hobbs ditugaskan untuk menangkap mereka, namun tidak kesampaian apabila perjanjian mereka untuk menolong antara satu sama lain, iaitu geng Dom bantu Hobbs untuk menumpaskan jenayah terbesar, dan Hobbs akan membantu Dom untuk bersihkan nama nya.
Furious 7 menceritakan kisah yang berlaku di London, dimana geng Dom membantu agent Hobbs (pihak polis) untuk menumpaskan jenayah yang dilakukan oleh Owen Shaw antara abg kawasan kt London tu. So, geng Dom berjaya menumpaskan Owen, dan menyebabkan kematian Owen tersebut. Jadi, Furious 7 adalah cerita dimana abangnya, Deckard Shaw ingin menuntut balas bagi kematian adiknya dan mahu membunuh keluarga serta rakan2 Dom. Namun, kemudiannya Dom didatangi oleh sekumpulan agen rahsia yang diketuai oleh Mr. Nobody yang mempunyai misi dan objektif yang sama seperti Dom, iaitu menumpaskan Deckard yang sememangnya menjadi buruan oleh pihak2 berkuasa sejak dahulu lagi, namun tidak berhasil.
Namun, Mr. Nobody mengenakan satu syarat atau dengan lebih manis lagi meminta tolong dan membuat satu offer kepada Dom, iaitu jika geng Dom berjaya mendapatkan Ramsey, iaitu penggodam (Hacker) yang handal, maka dia akan menolong Dom untuk mendapatkan Deckard. Ramsey seorang hacker yang sangat mahir dan handal yang mampu untuk mencipta satu peranti yang sangat berkuasa, iaitu "God's Eye" yang mampu menjejak setiap gerak geri manusia yang dicari dimana jua dia berada. Jadi, Mr Nobody mahukannya kerana khuatir alat itu akan disalah gunakan oleh pihak2 yang tidak berwajib, dgn lebih spesifik sekumpulan teroris Somalia yang digelar sebagai Jakarde yang mahukan God's Eye untuk tujuan peperangan.
Dipendekkan cerita, Dom berjaya mendapatkan God's Eye, dan cuba menjejak pergerakan Deckard, namun menemui jalan buntu apabila Shaw dan teroris tersebut sepakat untuk menjatuhkan Dom. God's Eye akhirnya jatuh ke tangan mereka. Lalu digunakan untuk menyerang Dom dan geng semula. Agent Hobbs terpanggil untuk menolong geng Dom dan akhirnya berjaya menumpaskan Somalian's terrorist dan Shaw tersebut. Cerita yang berdurasi selama 2jam ini juga diakhiri dengan satu babak tambahan dimana mereka memberikan satu tribute khas kepada mendiang Paul Walker (Brian) yang maut kemalangan pada tahun 2013. Jadi, babak tambahan itu akhirnya dilakonkan oleh adiknya, iaitu Cody Walker yang di edit dengan satu efek khas yang menyerupai mendiang ke atas jasad adiknya itu. Babak tambahan itu diakhiri dgn Brian akhirnya gembira dgn kehidupannya bersama isterinya, Mia dan bersama Jack anak sulungnya itu.
Jadi,Dom menunjukkan satu adegan dimana dia tidak akan lagi berjumpa dgn Brian untuk jangka masa yang panjang kerana Brian akan lebih menumpukan masanya bersama keluarganya itu, yang juga sebenarnya memberikan hormat terakhir kepada Paul Walker yang telah meninggal itu. Jadi, aku simpulkan yang mungkin siri Fast & Furious ini akan tamat sampai disini sahaja. Tetapi, akan ada kemungkinan yang siri ini akan disambung dimana anak Brian tersebut akan menyambung legasi ayahnya sebagai seorang pemandu yang handal dan anggota polis yang cekap. Dan aku merasakan yang cerita agak tersangkut dimana tiada cerita tentang Dom, dan apa yang bakal terjadi kepada hidupnya selepas itu. Penjahat Shaw tersebut juga telah diberkas dalam satu tahanan yang agak ketat dan terkawal. So, mungkinkah dia akan terlepas? jadi akan ada satu lagi kes balas dendam? Atau Shaw tu mungkin ada anak sebaya Brian nanti yang akan menuntut balas dendam untuk ayahnya itu? kita takkan tau. Jadi, aku berharap agar ada lagi sambungan cerita ini kelak.
Okaylah, sampai disini sahaja cerita dan review aku tentang cerita Furious 7 2015 yang baru sahaja aku tonton dgn kawan aku tadi. Secara overall, sangat berpuas hati, dan agak sedih babak yang terakhir tu, bila dia nk berpisah dgn Brian. Korang patut tgk cerita ni. Sangat berpuas hati. Double thumbs up! oh ya, aku juga akan selitkan babak dimana ada perubahan wajah Brian dgn adiknya itu dan beberapa gambar lain. Check it out...!




Sekian,
Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment