Monday, 30 March 2015
Kenaikan Harga Barang? GST? Kesannya?
Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada semua yang membaca post aku ini,
Berikutan isu GST yang bakal melanda negara Malaysia tidak lama lagi ini, membuatkan hati aku tergerak untuk membuat satu posting disni. Seperti yang kita sedar dan tahu, GST bermaksud (Good and Services Taxes) adalah cukai yang bakal dikenakan kpd barangan dan servis tertentu sahaja oleh Kerajaan Malaysia. Kerajaan menjanjikan bahawa hanya barang tertentu sahaja yang bakal dikenakan cukai, namun aku dpt meramalkan bahawa hampir keseluruhan barangan di Malaysia bakal naik berikutan GST ini. Aku bukanlah pakar ekonomi atau ahli kewangan yang bertauliah, namun daripada pengetahuan serba sedikit ckuplah untuk aku mengetahui serba sedikit mengenai GST.
GST seperti yang diwar warkan oleh kerajaan akan naik sebanyak 6% kepada barang yang aku sebutkan tadi (barangan dan servis kerajaan) kepada pengguna dan rakyat Malaysia. Namun sperti yg aku baca bersumberkan internet dan sumber2 lain yang tertentu, 6% itu adalah cukai yang dikenakan kepada pengilang dan pengeluar, namun selepas dikeluarkan produk bercampur dgn cukai GST tersebut, kilang akan menaikkan lagi harga barangan mereka kepada pengguna iaitu kita semua. Ini sudah pasti akan membebankan rakyat berikutan dgn kenaikan harga minyak baru baru ini. Nak cakap lah, turunnya sekejap, tapi tak sampai beberapa bulan, naik semula. Macam mana lah rakyat tak sempit.
Okay, berbalik semula kepada cukai 10% tadi, kenapa pengeluar atau pengilang mengenakan 10% harga barangan kepada pengguna? sbb mereka tidak mahu rugi. Siapa yang mahu rugi kan? aku pun tak nak. So, yang bakal menjadi mangsa adalah KITA. Okay, disini aku nak kongsi sedikit fahaman aku tentang GST yang bersumberkan internet.
1. GST menguntungkan syarikat-syarikat pengerluar kerana mereka mendapat kredit GST daripada kerajaan. Syarikat boleh menuntut kredit GST mereka walaupun barang yang mereka keluarkan belum terjual. Manakala pengguna tidak mendapat apa-apa refund,pengembalian wang yang mereka belanjakan.
2. Sistem pecukaian ini dikenakan kepada semua tanpa mengira berapa pendapatan seseorang. Ia berbeza dengan cukai SST sebelum ini dimana ia dikenakan mengikut pendapatan seseorang.
3. Menerusi GST barang akan meningkat naik berkali-kali ganda kerana pengeluar, pengedar berhadapan dengan kenaikan kos sementara kos itu ditanggung oleh pengguna, iaini rakyat.
4. Pengumuman kerajaan dengan menyebut barang-barang tetentu dikenakan cukai GST tanpa menyebut barang-barang lain, (menjelaskan) adalah perangkap untuk mengenakan cukai ke atas barang-barang yang tidak disebut.
5.Kenaikan harga barang ekoran pengenaan cukai GST ini dilakukan secara tektikal di sinilah rakyat akan terperangkap dan tertipu kerana ianya tidak dijelas secara nyata.
6. Setiap urusniaga dijalankan ia dikenakan cukai GST, sebagai contohnya mereka menguruskan majlis perkahwinan (katering) juga tidak dapat dielak dari dikenakan cukai.
Dalam keadaan sekarang ini dimana pendapat rakyat masih rendah tidak sesuai cukai GST dilaksanakan kerana ia menyusah dan membebankan rakyat.
Dan kepada kerajaan dan Najib hendaklah bersikap terbuka, mendengar keluh kesah dan tindakan rakyat ini sekiranya beliau tidak mahu berdepan dengan masalah 'dimurih' (marah) oleh rakyat. Sekiranya Najib tetap juga mahu meneruskan pelaksanaan cukai berkenaan dibimbang Najib akhirnya akan diturunkan oleh rakyat melalui cukai berkenaan dan dibelit dengan kangkung.
Sekian sahaja, berjumpa lagi di posting yg lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment