Hari ni aku nak bercerita dan berkongsi pengalaman yang sgt bermakna dan besar kesannya pada diri aku sampai lah sekarang aku terasa seriknya itu..hahaha..Jadi, bila aku berkongsi ni, lepas ni korang jgn nk try2 pulak la yer, jadikan pedoman dalam hidup korang. Dan aku pasti dan yakin, setiap daripada kita pasti ada pengalaman yagn sgt bermakna dalam diri kita kan, dan jangan korang padamkan dalam sejarah hidup korang..sbb apa? sbb ianya sgt berharga yang mungkin korg aje yang alami kan, or worse come to worse, korg boleh la cerita kat anak2 or cucu korg nnti bila dorg dah besar, citer betapa indahnya pengalaman korg tu. Tak aku nafikan, meskipun buruk pengalaman itu suatu ketika dahulu, namun percayalah cakap aku ianya akan jadi sesuatu yang indah dan kelakar bila usia kau makin meningkat dan matang. Malah kau akan tergelak gelak dan berfikir mcm mna lah kau boleh terjebak sampai begitu sekali. Jadi, hargainya...
Okay, aku bukan nak jadi pakar kaunseling kat sni, meh nk citer sket apa yang aku alami ketika zaman aku belajar dulu2..Okay, aku belajar di Jengka, Pahang suatu ketika dahulu tahun 2010..Tapi, start dari sem 4 aku start duduk dirumah sewa dgn geng2 kelas dulu..so, nak tak nak, terpaksa bawak moto g Uni, sbb nak bawak g kelas, dan berulang alik kerumah sewa..takkan nk tumpang orang lain kot..Jadi, bila dah ada motor, perasaan pun mula makin berkobar2..dan mula rasa berani..for the first time, aku bawak skuter, tapi asyik problem je dgn starter. Pastu, bapak aku kasi la moto lama dia, yamaha lagenda 110 tahun 2009 kot, yang first model tu..
Okay, lepas dapat green light dari bapak aku, aku pun bawaklah motor tu dari Klang - Jengka, sorang2 dgn pengalaman yang agak kurang (waktu tu)..agak eksaited jgklah, sbb dapat motor bergear, sbb aku tak suka bawak skuter (sbb mcm pompuan)..Dari rumah, pkai baju hujan siap2, sbb takde jaket lengkap lagi waktu tu..Dgn bergalaskan beg laptop,box GiVi kat belakang, aku pun mulakan perjalanan dari Klang - Jengka dalam waktu pagi (tak ingt waktu)..Aku mulakan perjalanan dgn mengisi minyak kat petronas Kg Jawa straight sampai dekat gombak..Smpai gombak, aku berhenti jap.. Disini dah bermula dah nasib malang aku..
Sesampainya aku di stesen Shell Gombak, aku berhenti kejap, dan tgk meter, masih penuh lagi...Wow, aku terkejut sbb klu skuter ni kompem dah nak kena mintak topup lagi ni..So, aku berhenti tu hanya utk berehat2 dan minum2 air sket jela tanpa mengisi minyak..Pastu, dalam 10min kemudian aku pun teruskan perjalanan semula melepasi Genting Sempah dan kat situ pun ada lagi stesen minyak Petronas, dan sekali lagi aku meneruskan perjalanan ku lagi tanpa berhenti mengisi minyak motor aku..sbb berdasarkan dari meter minyak mnunjukkan minyak baru luak sikit...sedikit kagum terbit dari dalam jiwa aku. "tak sangka jimat jugak Legend ni walau motor lama."
Lagenda 110 aku pun terus meluncur laju menuju ke Jengka, Pahang tanpa diisi apa2 minyak sejak dari Kg Jawa tadi..buat pengetahuan korang, LPT ( Lebuhraya Pantai Timur) ni terkenal dgn highwaynya yg tidak banyak pam minyak dan highwaynya yang panjang..Pernah beberapa kali aku hampir je terlelap masa tgh bwak motor kat LPT nie...Okay aku pn bawak lah biasa2 motor aku sampai jer kt Lentang, berhenti rehat jap, minum2 air dan landing..Cuaca agak panas, jadi sbb tu aku teruskan lagi menunggang sbb nk smpai cepat..
Aku masih ingt lagi, lebih kurang dalam 30km nak sampai temerloh, aku dapat rasakan motor aku sedikit semput..mcm tersengguk sengguk..aku dah cuak, dalam hati berbisik masalah apa pulak motor ni, nak kata x servis, sebelum gerak mmg dah servis dah..Lepas tu, akhirnya motor aku mati kat tepi highway, dalam terik matahari tu, dan kereta dan motor yang tidak banyak ketika itu..Aku dah berpeluh bagai nak gila kat bawah terik matahari tu, dgn pakai baju hujannya, bwk beg laptop, matahari pulak bawah kepala. Aduhhh, motor lak buat hal..
Ak dapat rasakan motor aku berada dalam posisi yang berbahaya, takut2 kereta tak nampak, sbb tmpt tu mcm berselekoh, aku pun tunda motor aku ketempat selamat dan aku menolaknya dalam 2km kehadapan. ditengah terik matahari...Berbakul bakul sumpah seranah sempat ditadah dari mulut aku..sesampai sahaja di KM 118.7, aku pun berhenti sbb agak yakin dgn tmpt tu dan sbb aku nampak telefon kecemasan kt situ..Aku call bapak aku, tanya apa prob, dia tanya carb ok tak? (carburator), aku tgk okay jer..Pastu dia suh aku check tank (tangki minyak), sekali kosong daaa..hahahaha! apaa daaa..bapak aku punyalah berasap time tu, benda simple tu pun boleh silap, dia suh aku tumpang mana2 motor, tunda smpai stesen minyak. Aku pun okay kan aje dan cuba ikhtiar cara aku sendiri..
So, aku pun cuba2 lah guna telefon kecemasan tu, berbekalkan pengalaman aku yang zero ni, aku pun try lah gunakan telefon kecemasan tu, and you know what? IT'S NOT FUNCTIONING ! tak berfungsi pun (ketika itu)..aku pun hanginnn satu badan, dah la kecemasan, lpas tu tak berfungsi pulak tu. Aku pun keluarkan lah handphone aku (nasib baik ada kredit) dan call lah nombor yang tertera kt situ, berceritalah masalah aku kt operator tu masalah aku kehabisan minyak, dah habis tanya segala detail aku, pastu dia cakap tggu jer situ smpai ada van peronda datang, dan kalau ada van lalu, tahan jer, aku pun dgr jer mcm tu, trus bersinar sinar hati ni..
45min berlalu, satu hapa pun xda..van pun xda, call pun xda...aku terus rasa down giler time tu..Badan dah letih, tekak dah kering, kepala rasa berpinar pinar sbb trlalu panas, badan berpeluh mcm berendam dalam air..Beberapa lagi bapak aku call, tnya mcm mna, aku cakap takpe aku leh settlekan sendiri..Beberapa kali aku fikirkan jalan penyelesaian utk permasalahan aku tu..Tanpa diduga, tempat dimana aku berhenti tu rupanya berdekatan dgn perkampungan felda dan ladang kelapa sawit..Aku tgk ada beberapa motor lalu lalang kt situ, sinar pengharapan aku kembali cerah waktu tu..
Sampai jer kat kawasan ladang tu, aku nampak satu motor ni, seorang pakcik yang menunggang, dgn pakaian yang agak lusuh, aku agak mungkin dia nak g ladang kelapa sawit kot..Aku tahan dia, aku cerita masalah aku kt pakcik tu, dan pakcik tu bersetuju nak tolong aku ketika tu..Ya Allah, tak tahu nak cakap macam mana bersyukurnya aku waktu tu...Lepas tu, pakcik tu nampak muka aku pucat dan penat semacam, dia hulurkan aku botol air sejuk dia..Dia bagi aku minum dan dia nak g bandar beli minyak untuk aku..Air tu sgggtt sedap walaupun sebenarnya air sejuk kosong ajee..tapi bila dapat waktu begitu, sedapnyyee tak terkira..hampir 10min aku tggu pakcik tu, air botol pun dah habis dalam 2 teguk je, 1.5liter pulak tu...ahahaha, nampak tak betapa hausnya aku waktu tu...
Beberapa ketika kemudian, pakcik tu pun sampai, ingt kan dia nak lari tadi..hehehe...pakcik tu bawak botol air berisi minyak ron95 tu, tak penuh la, so aku pun mencapai dari tangan pakcik tu dan mengisi dalam tangki yang kosong kontang gersang ibarat gurun sahara...Lepas je isi minyak tu, aku pun cuba la start motor aku tu, setelah dalam 5-6 kali try, baru blh start..Ya Allah, bersyukur nya tak terkira time tu...Aku mengucapkan berbanyak terima kasih kat pakcik tu berapa kali ntah aku pun tak ingt..Aku pun menghulurkan sikit berapa yang aku ada time, tanda penghargaan dan duit minyak tu..Sempat juga berkenalan sikit2 ngn pakcik tu, dia cakap dia ada anak kerja kat KL dan nama dia pun sama dgn aku, Firdaus..
Jadi lepas tu, aku pn meneruskan lagi perjalanan aku semula, sampai je shell Temerloh, terus aku full tank motor aku..hehehe, dah serik tahap gaban dah..So, target smpai umah sewa pukul 12 @ 1 tghari, tapi last2 terkandas dan terlajak sampai kul 6 ptg..hambekkk...tula, padan muka, saperr suruh tak isi minyak, sekali aku tgk balik meter tu mmg rosak..kakakakaka! padan muka aku! Seriusly, aku mmg amik iktibar yang sgt2 byk dari peristiwa dan pengalaman aku ini..dan aku harap korang pun sama, jgn tiru apa yang aku dah buat tu..tapi disni aku nak kasi tips sket lah bagi korang yang konvoi sorang2 tu terutamanya especially tempat2 yang jauh...supaya korang tak rasa apa yang aku dah rasa, ok sila catit yer...
![]() |
MZ Moskito 150 (Gambar Hiasan) |
![]() |
Yamaha Lagenda 110 (Gambar Hiasan) |

Macam nilah lebih kurang highway nyer..Panjang bagai tiada penghujung.. |

nampak jer shell nie, aku terus terasa nak nanges..hahaha! |
Jadi lepas tu, aku pn meneruskan lagi perjalanan aku semula, sampai je shell Temerloh, terus aku full tank motor aku..hehehe, dah serik tahap gaban dah..So, target smpai umah sewa pukul 12 @ 1 tghari, tapi last2 terkandas dan terlajak sampai kul 6 ptg..hambekkk...tula, padan muka, saperr suruh tak isi minyak, sekali aku tgk balik meter tu mmg rosak..kakakakaka! padan muka aku! Seriusly, aku mmg amik iktibar yang sgt2 byk dari peristiwa dan pengalaman aku ini..dan aku harap korang pun sama, jgn tiru apa yang aku dah buat tu..tapi disni aku nak kasi tips sket lah bagi korang yang konvoi sorang2 tu terutamanya especially tempat2 yang jauh...supaya korang tak rasa apa yang aku dah rasa, ok sila catit yer...
- Bawak duit secukupnya.
- Bawak minyak spare dalam tong yang selamat, sekadar berjaga jaga.
- Bawak lah alat2 tools utk tukar tayar ker, cacing ker, pam angin ker.
- Pastikan henpon korang ada kredit, cukup untuk buat panggilan kecemasan.
- Motor korang dah servis betul2 sebelum jalan jauh.
- Kalau boleh, jalan ramai2. Klu ada problem, sng nak tunda.
- Dan jangan lupa isi minyak disetiap stesen minyak yang korang jumpa, walaupun seringgit. ingt tu, walaupun sikit, isi jugak okay.
Dan aku rasa yg tu jer kot..Kalau korang rasa aku tertinggal mana2 ker, boleh la gtaw aku..tapi so far, yang ni aku rasa yg patutlah korang buat..So, aku betul2 belajar dari kesilapan, dan ambil langkah berjaga jaga lepas tu setiap kali berulang alik dari Jengka - Klang, atau Klang - Jengka..So, thats it guys, pengalaman aku yang sgt berharga dan pahit bagi aku, namun akan menjadi sesuatu yang sgt berharga bila aku dah tua nnti, so blh la aku cerita kat anak2 aku dan cucu aku nanti...hehehe (in shaa Allah)..harap nnti dorang tak gelakkan atok dia nie nnti..hahahaha! Okay, jumpa korang dalam post yang akan datang..Assalamualaikum dan salam sejahtera..
![]() |
Akhirnya sampai kampus !! |
No comments:
Post a Comment