Monday, 30 March 2015

Filem Jengka Review 2015



Assalamualaikum...


Apa khabar semua? Semalam aku bersama sama dengan rakan rakan aku baru jer layan filem melayu yang terbaru yang ber'genre' seram. Sebelum ni banyak jugak cerita melayu yang keluar di pawagam, tapi kebanyakkannya cerita cinta dan lawak. Dan sememangnya bukanlah antara genre kegemaran aku. Tapi, not for this time. "Jengka" ni membuatkan aku terpanggil untuk menontonnya kerana yang utamanya sebab aku memang minat genre seram, dan satu lagi Jengka ni dulu bekas tempat aku belajar suatu ketika dahulu iaitu sekitar tahun 2010 hingga 2013. So, memang familiar sangatlah dengan tempat tu, apatah lagi banyak kenangan yang tercipta dari yang pahit hinggalah yang paling manis sampai tahap potong kaki.

                         



Jadi berbalik semula dengan filem Jengka ni, di terbitkan oleh pengarah terkenal iaitu Aziz M. Osman dan di arah sendiri oleh Nyon Othman dan Ramdan Che Hassan. Antara pelakon utama yang membintangi filem tersebut adalah Riezman Khuzaimi, Ramona Zam Zam, Raja Azrey dan ramai lagi. Berdasarkan sumber yang aku dapat dari internet tentang filem ini, kejadian berlaku di Jengka 4, Pahang yang sememangnya tidak beberapa jauh sangatlah dari tempat aku belajar dulu. Dikatakan tempat itu memang keras dan berpuaka jugak lah. Aziz M. Osman jugak menyatakan yang filem ini adalah berdasarkan kejadian sebenar yang berlaku menimpa Nini yang sedang dalam saat untuk melahirkan anak, namun tertekan setelah mengetahui suaminya, Basir yang curang kepadanya. Nini tekad untuk lari ke ladang kelapa sawit dibelakang rumah orang tuanya dan keguguran ketika didalam ladang tersebut. Namun situasi bertambah cemas apabila mengetahui anak yang keguguran itu masih hidup dan disembunyikan oleh penunggu ladang tersebut.


Basir walaubagaimana pun telah mati dibaham oleh penunggu ladang itu atas bersikap bongkak dan takbur tatkala mencabar penunggu ladang tersebut. Nini dan bayi tersebut selamat atas bantuan dari ustaz yang datang menolong dan memulihkan semula semangat Nini yang hilang itu. Filem jengka ni dikategorikan sebagai filem paranormal kerana kebanyakkan adegan cemas dan mendebarkan banyak diambil dari handycam yang dibeli Basir itu.


So, dari pemerhatian aku, filem ni best untuk ditonton oleh semua golongan usia dan umur, cuma banyak jugak babak yang mencemaskan dan memeranjatkan, sampai aku pun terkejut jugak (aku bukan manusia yang mudah terkejut). So, pada yang tak kuat tu, siap siap lah penutup mata just in case. Aku tak tahu lah sama ada aku tak tahu atau memang filem ni memang jenis macam ni, sebab tak dinyatakan apa asal usul kejadian penunggu tu, apa yang dia mahu, dari mana datang, macam mana nak hapuskan nya. So, aku tak beberapa jelas disitu. Dan, ada jugak babak yang aku rasa macam kurang logik dari akal, iaitu dimana ustaz dan pembantunya itu tiba tiba halang dari pandangan ketika dalam pencarian bayi tersebut. Adakah ustaz tu bunian ke, atau memang manusia biasa? atau dia memang ada kuasa luar biasa? Jadi, ada kekeliruan disitu. Atau mungkin Aziz M. Osman mahu menyimpannya sebagai satu rahsia. well, we'll never know.


Kesimpulannya, aku mendapati filem ini baik sekali sebab aku sukakan jalan ceritanya dan mudah difahami, banyak babak yang mendebarkan dan memeranjatkan, dan juga situasi dimana kita beranggapan akan terjadi, tetapi tidak. Syabas diucapakan kepada yang berusaha menjayakan filem ini, dan aku juga menyeru agar pengarah pengarah dan penerbit tempatan akan memperkasakan lagi filem filem macam ni, sebab ini yang rakyat malaysia mahukan.


Akhir kata,


"Majulah filem tempatan untuk negara kita. Jika bukan kita, siapa lagi."

Assalamualaikum...






















No comments:

Post a Comment