Assalamualaikum kepada semua manusia sekalian alam,
Aku dah pernah berbicara ttg pengalaman hidup aku, makan2, gadjet, politik, isu semasa, movie review dan macam macam lagi. Aku lupa nak mention kat korang, yang aku ni juga adalah salah seorang manusia yang amat gemarkan teori angkasa lepas, dgn kata saintifiknya Astronomy. Nak kata aku belajar dlu, xdala detail dan spesifik sgt, belajar waktu biologi dgn fizik je dulu masa form 5. Tapi, masa sekolah dulu, aku ni boleh dikatakan ulat buku la jgk, especially bab bab sains ni. Dulu, pergi library semata mata nk pinjam ensiklopedia angkasa lepas dan alam semesta, sampai bertimbun bertimbun ak pinjam. Yelah, nak beli tak mampu, sbb buku2 tu memang mahal pun.
Okay, skrg ni aku tgh ikut perkembangan dari saintis2 terkemuka yang sdg mengkaji Black Hole atau dalam melayunya Lubang Hitam (macam pelik jer). Okay, dari basic teori, apa yang korang tau pasal black hole ni? sapa yang tau apa black hole ni? okay meh nak citer sket ni, kalau aku salah tlg betul kan ek. Black hole adalah satu pusat angkasa atau ruang angkasa yang sangat besar dan kuat sehinggakan tiada satu pun yang berjaya menembusinya. Cahaya yang dikatakan laju itu, pun masih tidak dapat menembusi black hole.
 |
Event Horizon |
Okay, mcm mana black hole terjadi? Black hole terbentuk daripada bintang2 yang telah mati dan expired, dan kemudiannya akan memakannya dan terhasillah black hole. Okay, ramai orang msti tertanya tanya kan, apa dalam black hole tu, okay so jawapannya tiada siapa yang tahu. Kerana setiap jua jenis benda yang masuk, pasti tak akan keluar balik. Kerana sifat black hole ni adalah menarik masuk setiap benda. Saintis menggelarkan Singularity, kerana kita tak tau apa yang ada didalam black hole tersebut. Didalam black hole tersebut juga terkandungnya satu bahagian yang dipanngil event horizon, yang dikatakan punca kuasa bagi black hole tersebut.
 |
Quasars |
Saintis juga telah membuat andaian dimana berkemungkinan jarak waktu ketika berada di orbit black hole tersebut jauh lebih perlahan dari jarak waktu dibumi. Dan berkemungkinan juga, waktu didalam black hole boleh terhenti, berdasarkan atas konsep2 fenomena alam yang tidak kita ketahui lagi. Dikatakan juga, meskipun cahaya dan bunyi tidak mampu menembusi black hole tersebut, tetapi tidak bagi graviti. Graviti mampu menembusi black hole sprti yang dibuktikan oleh beberapa saintis dan angkasawan.
 |
Black Hole |
Jadi, sprti yang kita bincangkan ni, black hole. Korang percaya tak kalau aku cakap wujudnya white hole? okay, apa benda white hole ni? white hole sebenarnya lebih kurang sama je karakteristik dgn black hole, cuma white ni bertentangan dgn apa yang black hole buat. Sbg contoh, black hole menyedut, tpi white hole menolak keluar. Dan ada lagi beberapa karekteristik white hole ni. Jadi, apabila black hole dan white hole ni bertembung dan menyatu, saintis berpendapat bahawa worm hole boleh terjadi. Korang tgk tak cerita Interstellar 2015? klu korg tgk, korg msti tau worm hole ni.
 |
White Hole |
Worm hole ini boleh dikatakan mcm transporter atau teleporter dari satu titik kedudukan, ke kedudukan yang lain. Okay, mcm ni, apabila black dan white hole bertembung dan terjadinya worm hole, black hole menarik dan white hole akan menolak semula, kita akan seolah olah memintasi masa dan menjangkaui waktu yang dipanggil relativity. Okay, nk explain agak susah sbnrnya. Okay, worm hole ni dikatakan oleh saintis juga mampu untuk membawa angkasawan dari galaksi tertentu, ke galaksi yang lain dlm sekelip mata. Agak menakjubkan, tetapi worm hole tu sbnarnya xdpt dipastikan lagi kesahihannya, kerana kita masih lagi tidak menjumpainya.
 |
Worm Hole |
Jadi, worm hole ini sangat bagus sebenarnya kepada angkasawan dan ahli2 astronomy untuk membuat kajian dan eksplorasi angkasa dan galaksi2 lain tanpa perlu merentasi dan mengharungi perjalanan yang jauh dan mustahil itu. sedangkan pluto pun kita masih tak sampai lagi. Okay, berbalik semula kepada black hole, saintis telah membuat beberapa pemerhatian sepanjang beberapa tahun, dikatakan terdapat satu sumber cahaya yang sangat kuat dan terang dibeberapa buah galaksi yang lain. Ramai yang beranggapan ianya adalah bintang2 atau matahari, namun sangkaan meleset. Cahaya yang kuat dan terang tu sebenarnya datang dari black hole iaitu dinamakan quasar dimana menunjukkan ianya adalah black hole yang aktif. Jadi, apabila dikaji semula, black hole sebenarnya banyak dan tidak terkira, kerana terdapat beberapa cahaya yang sama seperti quasar.
Jadi, aku rasa sampai disitu sahaja, next time aku akan kupas lagi ttg apa jua fenomena alam di angkasa lepas. Jumpa lagi di posting yang akan datang.
Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment