Friday, 3 April 2015

Aku Seorang Pemburu

Assalamualaikum kepada semua homo sapien sekalian alam,

Hari ni adalah hari meeting, tapi aku buat office ni macam aku punya jer. Jadi aku buat satu posting daripada join meeting, mengenai tentang diri aku, iaitu seorang pemburu yang disegani. Mesti gerun kan bila dengar, tapi sebenarnya aku tak abes lagi tulis ni, aku sebenarnya pemburu terkenal dan disegani dalam bidang pemakanan dan segala jenis makanan dalam dunia ni.


Berbekalkan rasa dan sifat ingin tahu dalam diri aku, menjadikan aku bagai seorang robot bionik yang mampu untuk merasa apa sahaja jenis makanan (halal sahaja) tak kira tempat dan juga masa. Well, sebenarnya, bukan la semua, yang tertentu sahaja. Daging dan ayam adalah menu utamaku, hinggakan org menggelarkan ku manusia karnivor ( sejenis spesis yang hanya memakan daging sahaja).

Bukanlah aku tak makan sayur langsung, tapi agak cerewet la jgk. Tapi antara daging yang paling digemari sekali, dan aku pasti ramai org gemarkan ia jugak, daging kambing. Guwa cakap lu, kalau dapat panggang atau bakar, pastu salut dengan kuah BBQ dan lada hitam. Pergh! Cair bai. Kalau nak puas makan daging kambing ni, better try makan di restoran yang jenis buffet, seperti : Seoul Garden, Al-Fateh steamboat & Grill, Kapten Steamboat & Grill dan banyak lagi. ( lupa sebenarnya).

Jadi, selain hobi aku mengumpul gadjet, hacking, system dan kejadah lagi, makan juga antara salah satu hobi aku. dan aku juga suka untuk mencuba di restoran2 berlainan setiap kali makan. Oklah, dibawah aku akan kepilkan beberapa gambar sbg satu tatapan. Adios !


Seoul Garden
Kapten Steamboat (Gambar Hiasan)
Char Kuew Teow Special

Nasi campur ayam masak merah, paru, telur dadar dan bandung

Mee goreng mamak ayam
AL-FATEH Steamboat

No comments:

Post a Comment