Monday, 30 March 2015

Fujitsu Stylistic Tablet Windows 8 Review



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua,


Seperti yang telah aku janjikan, aku akan kongsikan tablet windows 8 yang pertama aku pakai, berkhidmat selama setahun lebih. Dan aku masih ingat lagi ini adalah gajet pertama aku yang dibeli menggunakan gaji pertama sewaktu aku bekerja dulu. Tablet ini sangat lah berguna dan berjasa banyak kepada aku, dan dah jauh perjalanan nya aku bawa. Bawak pergi kerja, pergi site project, pergi out station, dan macam macam lagi lah. Dan sememangnya aku teruja dengan tablet ini yang mempunyai pelbagai kebolehan dan kelebihan. Selain dari kegunaan kerja, game dan personal pun digunakan dalam tablet ini. Dengan adanya tablet nie, aku dah tak perlu bawak laptop aku kemana mana. Okay, cukup dengan bebelan.


Pertama sekali, mari kita berbicara tentang jenis cpu dan kelajuannya. Dilengkapi dengan AMD Z-60 APU berkelajuan 1.0GHz sangat berbaloi dengan tablet ini dan juga harganya. Tablet ini dicipta untuk penggunaan yang menyeluruh sepanjang hari didalam bisnes atau juga pengunaan peribadi. Skrin yang bersaiz 10.1" WXGA yang beresolusi 1280 x 800 sudah cukup dan cantik untuk kegunaan seharian disamping LCD yang terang dan sangat bersesuaian dengan aktiviti luar.

Selain itu, tablet ini juga sudah dilengkapkan dengan windows 8 pro full version yang sangat lancar dan berkeupayaan untuk mengakses windows microsoft office dan sebagainya. Tapi jika anda selesa dengan windows 7, tablet ini juga berupaya untuk boot kepada windows 7 seperti yang anda inginkan. Yang menambahkan keistimewaannya, tablet ini juga mempunyai capasitive multi touch dan stylus untuk memudahkan lagi penggunaan harian anda.


Fujitsu Stylistic Q572 Tablet juga boleh dikeluarkan baterinya bagi menukar kepada bateri lain (jika ada) jika bateri pertama telah kehabisan. Sekuriti keselamatan yang telah di aplikasi kepada tablet ini sangat menyeluruh, seperti integrated smartcard slot, fingerprint sensor, TPM, smart card dan sebagainya. Fingerprint sensor ini sangat berkesan yang berfungsi sebagai fingerprint sensor seperti Apple devices. Jika berada di tempat awam atau tempat yang terbuka, selain daripada menaip kata laluan anda, fingerprint juga sangat berkesan untuk mengakses tablet anda tanpa orang lain melihat kata laluan tersebut. Sim card slot yang disediakan didalam tablet ini adalah untuk memudahkan pengguna mengakses internet kemana sahaja menggunakan data daripada sim kad tersebut. Ini membuatkan tablet ini sangat berguna dibandingkan dengan tablet lain yang berada di pasaran kini.


Beralih pula pada hardware tablet ini. Seperti yang telah aku sebutkan tadi, tablet ini berkeupayaan untuk membaca smart card yang digunakan oleh sesetengah syarikat atas tujuan keselamatan data data. Port ini terletak diatas bahagian tablet. Di bahagian bawah pula, terdapat docking port dan dua bukaan untuk speaker Docking port berfungsi untuk menyambungkan tablet dengan papan kekunci (keyboard) yang dijual berasingan. Ini lagi memudahkan pengguna untuk menaip dengan lebih pantas dan efisyen. Di sebelah kiri pula, terdapatnya cooling vent, iaitu pengaliran udara atau haba didalam tablet seperti laptop, HDMI port, USB 2.0, headphones, dan power port dan disebelah kanan pula terdapatnya satu lagi port USB 2.0, suis hidup ( power switch), butang volume, butang orientasi paparan (display rotate button), butang WiFi, dan penyangkut pen stylus. Oh, lupa nak mention, tablet ini juga dilengkapi dengan kamera dari dua tempat iaitu depan dan belakang. Kamera depan dikuasakan dengan 0.3mpx dan belakang pula 5mpx. Seperti yang kita ketahui, kamera depan berfungsi untuk merakam dan bertindak sebagai webcam untuk aplikasi web chat seperti skype, live messenger, webchat dan sebagainya. Dan kamera belakang untuk merakam video dan juga mengambil gambar. Kualiti yang sederhana dan tidak terlalu menonjol.


Cukup dengan hardware, mari kita ke software atau perisian didalam tablet ini. Ini adalah tablet windows 8 full version dan bukan RT version seperti model Microsoft Surface. Bermaksud, ia mampu untk diisikan dengan third party aplikasi yang dimuat turun sama ada di microsoft store atau website. Tablet ini juga dikuasakan dengan 4GB ram yang sangat sesuai untuk game atau aplikasi yang sederhana berat saiz nya.


So, secara overall atau keseluruhan, tablet ini sangat berkemampuan dari pelbagai segi termasuklah dari kerja, game, sosial, personal dan sebagainya. Dengan harga yang sangat murah dan pelbagai fungsi, siapa sahaja yang akan menolaknya kan. Dan aku pun telah mengujinya selama lebih dari setahun, ternyata Fujitsu telah menghasilkan antara salah satu produk dan model yang sangat berkualiti dan berguna disamping harganya yang sangat murah. Jadi, kepada sesiapa yang mencari mini tablet yang berkeupayaan hampir segalanya, Fujitsu Stylistic Tablet Q572 adalah jawapan kepada persoalan anda. So, aku akan letakkan satu link video untuk korang semua tengok tablet ini dari dekat dan lebih menyeluruh. Aku akan juga upload gambar untuk tatapan korang. So, sampai disini sahaja posting tentang Fujitsu Stylistic Tablet Q572. Semoga berjumpa lagi di post yang akan datang. Bye !


Link Video Review : https://www.youtube.com/watch?v=ZQvSGlewkwM



































No comments:

Post a Comment